Athafariz Blog

Athafariz Blog
  • Home
  • Themes
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » All Posts

Revive My Soul Oh Righteous!

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 02.41

Baca Juga



Sebuah entri istimewa daripada sahabat non-Muslim kita, Charles Ganaprakasam yang berminat dengan agama Islam, semoga Allah membuka hatinya untuk menerima agama Islam insha-Allah.

***

OH EVIL! YOU conquering me all of the time

Though my Godly inspired intuition decided to not follow your desire but I am failed on it.

OH EVIL! YOU victorious all my meaningful days, YOU are the one who turn into big hindrance for me to realize the Righteousness of my soul
 
OH EVIL! In YOU I never find everlasting bliss but only satanic ecstasy delusion of soul destructive
 
OH EVIL! In YOU I attentive of my ugliness, I lost Righteous vision of my life and fallen deeply into the forces of darkness
 
OH EVIL! how long do YOU will attribute in me?
 
OH EVIL! I so frustrated in serving YOU whatsoever you intended through my action
 
OH EVIL! YOU possessed my soul by exceptional power of YOUR demonic desire
Through my ignorance I best served the needs of YOU OH EVIL!
Free me to find the root cause of YOUR existences in me
 
OH EVIL! I not belong to YOU but to RIGHTEOUS who guide me in right path
 
OH RIGHTEOUS! Had enough hidden beneath! Rise and guarded me from the Evil!
Revived my soul like a flower soon revived by the presence of water!
 
OH RIGHTEOUS! Bestow me the strength to conquering the EVIL in me and nurture me the courage to travel in your wisdom guided path
 
OH RIGHTEOUS! Let all the utter bliss mingle in my soul and drowned by the overflow of joyfulness
 
OH RIGHTEOUS! Nourish me with your blessing and revitalize my soul
Sooner reach you OH RIGHTEOUS the exalted in Might, the Wise!

Artikel ini ditulis oleh saudara : Charles Ganaprakasam

Allah Mengurniakan Hidayah Melalui Perantaraan Insan

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 02.31

Baca Juga



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya "Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat.." Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.

Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas. Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya. Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya? Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat? Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza. Dan.. Pertama kali dalam hidup saya selama 21 tahun saya rasa saya BERSAHABAT KERANA ALLAH. Tapi.. Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.

Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi. Macam-macam perasaan dalam hati saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH. Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya. Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat. Saya cakap dengan diri saya sendiri "walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..". Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.

Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab. Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah. Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina(Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lg, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik, saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin. Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. biarlah perasaan itu terbuku di hati. Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak? Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.

Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..

Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini. Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati. Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan.. Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu. Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah. Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia. Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur. Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.

Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini. Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. "Siapa cakap sakit hati tiada ubat? Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH. Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah". Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :)

Saya redha dengan "KEHILANGAN" ini. Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga. Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya. Barakallahu Fik. :)

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya. saya tidak keseorangan. "Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus".

Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah? Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.

Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah.. Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.

HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.

Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan…

Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.

YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
 
Artikel ini Ditulis Oleh :  Noorihan Binti Noorudin

Aku Cumalah Polis

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 02.01

Baca Juga

Gambar hiasan



Sebuah kisah yang menyayat hati, tentang perih seorang polis menjaga keamanan negara. Kami berterima kasih kerana menjaga keamanan tempat tinggal kami, jasamu tidak dilupakan.

 ***

Hari ini lelah kerja, aku pulang dengan senyuman di pipi. Isteriku menungguku di tirai pintu istana rumah kami. Ya, kami tidaklah kaya mana, tetapi rumah adalah syurgaku, istanaku.

Anak-anak aku yang comel, berlari ke arahku dengan senyuman yang mugil, aku geram dengan mereka. Alangkah bagus sekiranya aku mampu penuhi hari-hariku dengan senyuman manis seperti mereka, tetapi aku cumalah manusia biasa.

"Abang dah pulang, selamat pulang bang," Suraya mengambil beg suaminya lalu mencium tangan suaminya, Hazwan. Aku gembira punya isteri yang memahami dan comel, tanpanya aku lemah, aku berterima kasih Allah kurniakan si dia. Lalu ku kucup dahinya.

Anak-anak didukung, tanpa henti mencium pipiku. Ya Allah, aku rindukan mereka. Bawalah mereka dan isteriku bersama berpimpin tangan di syurga kelak, ameen.

"Tangan abang cedera. Adik, turun dik. Tangan ayah sakit tu," Suraya cemas.

Hazwan tidak kesah, dia sayangkan anaknya. Kesakitan ini tidak apa-apa baginya. Suraya kembali padanya dengan membawa peti cemas.

"Kenapa ni abang? Asal tak rawat kat tempat kerja abang awal-awal? Takut infection nanti," Suraya membebel.

"Saje, abang nak isteri abang ni rawat," canda Hazwan.

Pipinya memerah, namun masih berleter. Hazwan termenung seketika.

"Tadi abang kawal kempen, ramai orang protes dengan kempen tu. Abang dengan partner tak cukup tangan nak jaga. Alah-alah, abang kena ludah dengan orang ramai."

Tangan suraya terhenti, matanya tunduk ke lantai. Terlihat air mengalir di pipinya.

"Suraya..."

"Abang," Suraya mencelah. "...Berhentilah kerja. Saya taknak abang sakit. Taknak abang cedera."

Hazwan mengangkat dagu isterinya, lalu berbisik.

"Tapi abang...Suraya bukan nak membantah. Abang kena juga jaga keselamatan diri abang," Suraya tidak puas hati.

Cuma senyuman yang memekar di bibir Hazwan. Dia lalu memimpin tangan isterinya ke meja makan. Suraya tidak lalu makan, sedih.

***

Hazwan tahu, ramai yang meragui status polis. Namun dia tidak mengalah. Dia dan sahabat-sahabatnya sanggup bermatian demi negara. Biarlah kami dibenci dan sebagainya, tetapi Allah memelihara kami.

Terlihat Ilyas termenung di hujung sudut. Hazwan mendekati.

"Kenapa Ilyas?"

Mata Ilyas cemas, risau. Hazwan tahu ada sesuatu tidak kena dengan kawan karib tempat kerjanya.

"Sebentar tadi, aku berkas seorang anak dato' tu. Kes rogol haritu."

Hazwan tersenyum, alhamdulillah tertangkap juga penjenayah tersebut, dengan bukti yang dikemukakan Pendakwaraya Rohaizah Mikasa, anak Melayu kacukan Jepun. Dia yakin, Mikasa mampu menyatakan bukti kukuh tentang penjenayah yang dicari-cari selama ini.

"Tetapi...ayahnya cuba merasuah aku," kata Ilyas, menganggu senyuman Hazwan tadi. Lalu Hazwan menarik baju Ilyas, marah.

"Kau tak bodoh kan ambil rasuah tu?" desak Hazwan.

Jari Ilyas menunjuk ke arah seorang lelaki tua yang sedang disoal siasat di bilik siasatan. Hazwan lega. Kedua-dua ayah dan anak ditangkap. Atas tuduhan rasuah dan merogol keduanya.

Hazwan kembali duduk lega, memohon maaf ke atas Ilyas kerana marah tanpa disedari.

"Empat ratus ribu ditayangkan depan aku," terkesima Hazwan seketika.

"Aku perlukan duit, isteri aku sedang bertahan bersungguh-sungguh melawan kanser di hospital, aku perlukan duit. Tapi...tapi...demi keamanan negara," hari ini Hazwan melihat pula air mata Ilyas, setelah semalam isterinya menangis.

Mereka berdua duduk berdiam. "Tapi Allah memuliakan kau."

Ilyas terkedu. Lalu memandang Hazwan.

"Allah memuliakan kau. Biar kita tidak berduit, janji hati kita kaya. Semoga Allah membantu kau dan isteri. Jika tidak di dunia, aku doakan untuk akhirat kelak."

Air mata dikesat, Ilyas kembali senyum. "Inilah sebab aku bangga berkawan dengan kau Wan."

Sepanjang 5 tahun Ilyas bekerja berkhidmat demi negara ini, dia tidak pernah kesal. Dia bangga akan kerjayanya, kerana tidak ramai yang cekal untuk menanggung tanggungjawab sebegini.

Orang cuma tahu memerli dan menghina, tetapi itulah manusia. Jadi anak orang kaya pun, tidak akan terlepas dari mulut yang sibuk memburukkan nama. Itulah manusia. Manusia. Tidak kenal diri sendiri, kain orang lain diselak-selak.

Hazwan pulang, seperti biasa, anak-anak akan berlari ke arahnya. Hazwan tersenyum. Dia duduk di sofa, butang baju dibuka, cuaca panas Malaysia ini, bagus juga dapat minum air sejuk.

Lalu anaknya membawa air oren sejuk untuknya. "Allah dik, susah je. Terima kasih dik."

Dia mengusap kepala anaknya, lalu terhenti.

"Adik, ibu mana?"

Adik cuma diam, setiap kali pulang Hazwan akan bertanya soalan yang sama. Adik cuma diam, lalu membawa dulang air ke dapur.

Hazwan menangis, bukan tidak mahu terima hakikat, tetapi hatinya sentiasa sebak mengenangkan isterinya.

"Abang...jaga negara kita dengan baik...anak-anak kita membesar di sini...isteri abang ni membesar di sini...kita bercinta di sini. Jangan biarkan negara kita hancur..."

Kata-kata terakhir Suraya sebelum pergi menghadap-Nya.

Aku cumalah polis. Tetapi tidak bermakna orang ramai boleh merendah-rendahkan kami. Kami juga punya perasaan dan kasih sayang. Allah...Allah......

Lalu Hazwan menangis, menjerit-jerit. Anak-anak turut sebak. Bidadari rumah mereka sudah tiada.

Boleh Bertanya Soalan Di Ask.fm

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 01.52

Baca Juga


Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Ada beberapa sahabat bertanyakan mengenai lokasi untuk bertanyakan soalan. 

Anda boleh sahaja bertanyakan soalan di ruangan komen di bawah artikel-artikel, atau bertanyakan terus di ID ask.fm saya di :

"ask.fm/PuteraMujahidIslam"


Kelak saya akan letakkan HTML di sideskirt blog ini supaya saudara-saudari lebih mudah untuk ke ruangan tersebut.

Maaf sekiranya saya lambat membalas soalan anda dan sebagainya, saya tak lari dari melakukan kesilapan.

Allah ampuni kita semua.

Persepsi Moden Mengenai Muslim [Video]

Persepsi Moden Mengenai Muslim [Video]

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 05.58

Baca Juga