Athafariz Blog

Athafariz Blog
  • Home
  • Themes
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » All Posts

Resipi Masakan - Coleslaw

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 06.00

Baca Juga

sumber gambar : grubsmagazine.com


Assalamualaikum, hari ini admin nak berkongsi resipi coleslaw yang mudah dan lazat.

Hampir semua orang pernah merasai coleslaw yang terkenal di KFC. Kini tidak perlu mengangkat kaki untuk ke KFC semata-mata untuk coleslaw. Jom buat di rumah :)


Bahan-bahan ( 1 hidangan )

Kobis

Lobak merah

Mayonis

Serbuk lada sulah

Garam dan gula

Bawang besar


Langkah-Langkah


1. Menggunakan sagat, sagat kobis, lobak merah dan bawang besar kemudian masukkan ke dalam 1 bekas. Boleh dipotong dadu untuk kesesuaian.

2. Kemudian masukkan dan gaulkan rata garam, lada sulah, gula dan mayonis.

3. Setelah rata gaulan, simpan di dalam peti sejuk untuk menikmati coleslaw yang sejuk dan lazat.


Mudah bukan? ;) kongsi resepi ini dengan sahabat-sahabat atau kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini.

Niqabis Di Aeon

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 13.20

Baca Juga




Seorang wanita berpurdah menangis di suatu tempat duduk di Jusco Melaka, bersebelahan AEON.

Purdah hitamnya itu dibasahi dengan air mata, tangan digenggam erat, menandakan dia sedang cuba untuk tabahkan hati.

Datang seorang lagi wanita berpurdah:

"Salamun alaikum ukhti. Kenapa nangis ni sayang?"

Nur : "Wa alaikumussalam kak.."

Hanya itu yang dilafazkan, air mata segera dikesat. Wanita tidak menangis depan orang lain...selagi termampu untuk menahan air mata, mereka cuba. Itulah wanita.

"Sayang, jangan menangis. Cuba beritahu akak kenapa ni? Mana tahu kan, akak leh bantu ke."

Nur : "Saya...saya x tahu nak beritahu akak macam mana. Saya cuba istiqomah untuk berpurdah kak. Tapi...banyak sangat cemuhan. Baru tadi, seorang laki cakap 'ini dah mcm pencuri dah ni' pada saya. Kecilnya hati saya."

Akak tersebut terdiam, cuba menyusun ayat untuk memujuk hati Nur.

Aisyah : "Mcm ni, adik boleh panggil akak Aisyah ye. Nama adik siapa?"

Nur : "Nur kak. Nur Solehah Binti Jamal."

Aisyah : "Allahu, adik. Nama adik seindah akhlaknya. Memang kita sukar untuk istiqomah dik. Izinkan akak luang masa untuk cerita pengalaman akak belajar di luar negar dik ye?"

Nur : "Boleh kak, Nur sudi dengar."

Aisyah:

Akak mula-mula bukanlah baik sangat, akak dulu lebih sosial, suka bergaul dengan lelaki. Bukan akak nak buka aib akak, adikku sayang, tapi akak nak bagi pengajaran. Di luar negara sana, akak dapat tawaran belajar Hadith, akak pun x tahu, tapi rezeki dapat pengajian tersebut. Akak lihat, kebanyakkan muslimah di sana berpurdah, dan akak cuba follow step diorang. Hari pertama akak pakai, akak berjalan di bandar.

Time berjalan-jalan, seorang lelaki lempar buku pada akak.

"Throw away that mask!"

Tersentap akak, 'mask'? Ini purdah. Akak berjalan lagi, dan semua pandang akak. Tapi dalam hati, akak rasa gembira. 

"Duhai Allah, saksikanlah mujahadahku ini Allah."

Akak tabahkan diri juga, dan Allah bantu akak. Lelaki yang lempar akak buku tu, mendapat hidayah juga tidak lama lepas tu dalam beberapa hari. Alhamdulillah. Dia telah masuk dalam Islam, dan berkahwin dengan wanita yang berpurdah juga.

Nur : "Peritnya kak...tapi Allah bantu akak. Allah....."

Aisyah : "Maka, adik jangan give up sayang. Buatlah kerana Allah, Allah akan bantu kita. Janji kita istiqomah. Nak masuk syurga tu, berbagai rintangan kita kena hadapi. Biar kita susah sekarang sayang, kat syurga kita boleh gembira."

Nur mengesat air matanya, bertekad dengan sepenuh jiwa.

"Allah, aku lakukan ini untuk-Mu wahai Kekasihku..."

Sejak hari itu, Nur dapat belajar serba sedikit ilmu daripada Kak Aisyah, alangkah gembiranya ada sahabat yang sudi membantuku. Purdah sentiasa dipakai, menandakan kasihnya kepada Allah azza wa jalla.

Cerita asal oleh : Mohamad Zafranudin

Tahun Baru 2015 - Do's and Dont's

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 20.46

Baca Juga




Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca setia saya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa tahun baru anda untuk membaca artikel saya yang serba kerdil ini.

Jadi bagaimana anda menyambut tahun baru anda?

"Kami minum di gerai mamak je. Nasi lemak, mee goreng, ayam masak merah semua kami order."


Habis ke?


1. Berjimat

Ok, sekarang tahun baru menjelma, ada yang tangan tidak sabar untuk beli itu ini. Memandangkan banyak sale tahun baru, semua hendak dibelinya.


Saudara-saudari sekalian. Hanya kerana sale, janganlah dibazirkan pula. Serupa sahaja tiada sale juga. Duit perlu dijimatkan, kerana kita tidak tahu bila masa akan timpa masalah. Saya sarankan sedekahlah kepada mangsa-mangsa banjir. Belikan mereka pakaian baharu pun tidak apa. Alang-alang sudah tahun baru, mulakan azam menabung. Kepada yang baru berumah tangga, Insha-Allah duit tersebut akan digunakan kelak untuk keperluan anak-anak kecil comel anda.

2. Jangan tamak

Mungkin hampir sama dengan point di atas. Tapi ini mengenai makanan pula. Kerap saya lihat ada mereka yang menghabiskan wang mereka membeli berpinggan-pinggan lauk-pauk dan makanan. Kesudahannya, tauke terpaksa sapu ke dalam tong sampah.

Ingat, kita kesenangan, ada mereka yang lebih susah. Berpada-pada makan, ingatlah, Allah yang beri rezeki bukan Tahun Baru.

3. Parti

Bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batas adalah dilarang dalam Islam. Bukanlah Islam melarang kita untuk bergembira, tetapi ada batasnya. Ianya haruslah dilakukan secara sederhana dan sopan, serta tidak melibatkan perkara haram seperti minum arak dan berzina.

4. Solat Hajat

Ramai yang tidak memandang serius soal solat hajat. Solat hajat adalah solat yang dilakukan untuk memohon sesuatu kepada Allah. Dengan tahun baru ini, pastinya semangat kita pun baru. Gunakan semangat tersebut untuk beribadat kepada yang Esa.

5. Merempit

Jangan.

6. Sedekah

Jom bersedekah. Bukan kita sahaja yang menyambut tahun baru. Mereka yang tidak berkemampuan turut menyambut tahun baru, namun dengan kekecewaan. Mereka pasrah kepada Allah. Apa salahnya kita berikan sedikit sumbangan kepada mereka. Nama pun saudara sesama Islam, tidak kiralah apa bangsa sekalipun. Tidak lupa juga berbuat baik kepada yang non-Muslim. Kita berjiran sesama mereka, bawah atap langit yang sama indah.

7. Menghafaz al-Quran

Manusia memang suka mulakan sesuatu daripada awal. Apa kata gunakannya untuk mulakan menghafal al-Quran daripada awal tahun lagi. Ini adalah motivasi terbaik untuk anda yang mahukan azam baru. Dan anda patut bersyukur diberikan nafas untuk menyambut tahun baru bersama keluarga. Fikirkan mereka yang lebih malang daripada kita.

8. Aktifkan Masjid

Masjid di Malaysia banyak yang turn off. Cubalah hidupkan dan imarahkan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat seperti hafazan al-Quran, tarannum, tazkirah dan sebagainya. Hidupkan komuniti yang beriman dan sihat.

9. Meminta ampun

Seperti remeh bukan. Tapi percayalah, ramai yang hatinya terbuka untuk memaafkan kesalahan di tahun baru. Rebut peluang ini untuk berbaik-baik semula dan merapatkan jurang yang wujud antara satu sama lain. Pertalian persaudaraan sesama Islam haruslah dijaga dengan baik, kerana mereka adalah darah daging sesama agama kita juga. Sama-sama saling memerlukan bila susah dan senang.

10. Kongsi

Kongsilah artikel ini kepada sahabat-sahabat sebagai bahan bacaan tahun baru anda. Saham pahala anda juga bukan?


Baiklah, saya rasa setakat ini sahaja. Pena diletak, jari disusun mohon ampun sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan saya. Sekian terima kasih :)

Kalian ada sebarang idea dan cadangan untuk ditambah sempena tahun baru? Moh komen di bawah ;)

Siapakah Orang Terkaya Di Malaysia?

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 18.36

Baca Juga



10 org terkaya di malaysia 2014...


Admin terbaca artikel ini di facebook, dan tersenyum apabila mengetahui siapakah orang paling kaya di Malaysia. Adakah anda ingin mengetahui siapakah orang paling kaya tersebut?

10.Datuk Mokhzani Mahathir

-Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b



9.Puan Seri Lee Kim Hua

-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b


8.Tan Sri Lim Kok Thay

-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b


7.Tan Sri Syed Mokhtar

-Memiliki Yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b


6.Tan Sri Lee Shin Cheng

-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b


5.Tan Sri Quek Leng Chan

-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b


4.Tan Sri Teh Hong Piow

-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b


3.T Ananda Krishnan

-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b


2.Tan Sri Robert Kuok

-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b


1.Org yg solat subuh berjemaah

-Memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya

Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Tirmidzi, Nasa'i & Ahmad)

Jangan lupa share.. mana taw esok ada kawan-kawan kita yang baca tergerak hati solat subuh berjemaah dapat pahala free kat kita.. hehehe.. insyaAllah...

Petikan page Raja Shamri

Kisah Sedih - Roti Dan Banjir

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 17.45

Baca Juga









"Mama adik lapar ni."


Ibu tersenyum, walaupun sudah beberapa kali mendengar keluhan anaknya, dia tidak mampu, aku ibu kejam. Kata hatinya.


Dia pergi ke dapur untuk mengambil cebisan-cebisan roti, yang disimpan semenjak tragedi 5 hari lalu itu. Bahagian yang tidak boleh dimakan, dikupas ketepi. Terpaksa disimpan sedikit sedikit. Kerana sebentar lagi anaknya akan minta lagi. Inilah cara supaya anaknya tidak gelisah tiada makanan.


"Nah dik."


Adik membahagi roti untuk ibunya. Ibunya masih tersenyum. Dari atas hingga ke bawah, ibunya gembira anaknya masih mampu bertahan. Kuat hatimu, seperti hati ayahmu.


Ayah hilang setelah cuba untuk membantu beberapa orang yang lemas. Seorang demi seorang memanggil, lengan ayah semakin lenguh menarik orang, tetapi ayah tetap bersemangat. Ibu risau. Ibu risau jika ayah terlampau lenguh, ayah sendiri tidak mampu berenang selamatkan diri. Sehingga kini ayah belum pulang.


"Adik..."


"Ye ibu?"


"Ibu nak tidur kejap ye. Adik jangan pergi mana-mana sampai orang datang. Ada makanan kat dapur ibu letak atas pinggan untuk adik. Tunggu orang datang ye jangan keluar."


Adik memeluk ibu. Ibu semakin melelapkan mata. Tidur.


Beberapa hari kemudian, bot penyelamat hadir untuk selamatkan mangsa banjir. Sayang, rumah ibu jauh dan sukar untuk sampai. Ibu tidak salahkan mereka. Ibu tidak salahkan ayah. Ibu redha, kerana Ibu tahu Allah tidak mensia-siakan orang beriman.


"Adik, sini adik. Kami nak selamatkan adik. Siapa ada rumah?"


"Ibu, dia tengah tidur."


Mereka turun daripada bot untuk melihat ibunya. Kesemua mereka melelehkan air mata lelaki mereka.


"Ini wanita beriman. Ayuh angkat jenazah, kebumikan di tempat selamat."


Adik cuma melihat orang ramai mengangkat ibu yang memeluk kitab Quran.


"Adik kenapa makan roti tu dik. Dah lama, tak elok. Nah roti baru."


Adik cuma tersenyum.


"Tak, roti ni Allah berkatkan dengan air tangan ibu saya. Tidak pernah basi, dan saya hidup hingga ke harini kerana roti ni yang Allah berkatkan."


Menitis lagi air mata mereka. Anak kecil yang sungguh tabah. Moga kaulah pemimpin kami, pemimpin yang menegakkan agama kami kelak.


"Beri abang sikit roti tu dik. Abang pun mahu rasa keberkatan kasih seorang ibu." katanya sambil menangis tersenyum.


Writen By : Mohamad Zafranudin


Hiduplah dengan berkat. Bukan dengan kekayaan semata. Kerana roti secebis yang berkat, lebih elok daripada segunung nasi tidak berkat.


Wallahu alam.

Tudung, Sebuah Singkapan Persepsi

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 18.53

Baca Juga



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya, sekali lagi Alhamdulillah Allah kurniakan saya ruang dan waktu untuk berkongsi kepada anda semua mengenai sebuah topik yang sering membingungkan masyarakat. Tudung.

Tidak pelik, tetapi masih ada golongan yang menganggap memakai tudung sahaja sudah dikira menepati syarak menutup aurat ; maka mereka tidak merasa bersalah mendedahkan aurat di bahagian lain asalkan bertudung.

Bukanlah ingin dibincangkan bahawa salah memakai tudung, tetapi persepsi dan pemahaman kita mengenai isu di balik tabir ini yang dikaburi kabus-kabus.

Pertama, kita akan bincangkan mengenai aurat. Apa itu aurat?

Aurat merupakan bahagian anggota badan yang telah ditetapkan Allah supaya kita menutupnya daripada golongan bukan mahram seperti dalam firman Allah s.w.t. :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah an-Nur : 31]


Ayat tersebut menjelaskan wanita tidak dibolehkan mendedahkan bahagian aurat mereka kecuali kepada golongan-golongan yang Allah s.w.t. telah sebutkan dalam ayat tersebut.






Saya mahu pakai tudung, tetapi saya ingin mendedahkan lengan saya. Bagaimana?

Ramai kalangan wanita yang suka mengikut fesyen-fesyen di televisyen dan iklan di mana wanita tersebut bertudung tetapi mendedahkan lengan. Perlu diketahui bahawa aurat wanita adalah :


"Kesemua anggota badan kecuali tapak tangan dan wajah sahaja."


Terdapat juga mereka yang mengenakan pakaian lengan pendek tetapi menutup bahagian lengan mereka dengan stokin tangan. Ini adalah salah kerana stokin tangan tersebut akan melekat pada lengan saudari semua dan mendedahkan bentuk lengan saudari, dan mendedahkan bentuk badan adalah dilarang sama sekali. Begitu juga memakai pakaian yang ketat. Mendedahkan lekuk bentuk badan akan mengganggu bukan mahram yang melihat.


Kenapa stokin tangan dijual? Kerana terdapat pakaian seperti baju kurung yang licin seperti sutera dan apabila mereka menaikkan tangan mereka, kain tersebut tersingkap, maka di situlah fungsi stokin tangan hadir.

Bagaimana pula dengan spesifikasi tudung yang sesuai?

Tudung yang bagus adalah yang menutup bahagian dada dan tidak terlampau jarang. Dilarang pula untuk wanita mengenakan sanggul rambut yang terlampau tinggi kerana dilarang oleh nabi s.a.w.. Gunakan scarf rambut dengan baik dan selesa. Sebaiknya menggunakan tudung yang lebar, terdapat banyak di pasaran yang baik kualitinya.



Bagaimana mereka yang mengenakan purdah?


Terdapat wanita yang tidak inginkan wajah cantik mereka daripada difitnah kerana hal ini sering berlaku pada zaman dahulu(bahkan sekarang), bukan sahaja lelaki, bahkan terdapat sahabat nabi s.a.w. yang kacak yang mengenakan penutup muka agar tidak difitnah.


Tujuan utama adalah untuk mengelakkan fitnah dan mata tajam lelaki. Tidak salah jika tidak mengenakan purdah. Haruslah istiqomah(berniat untuk teruskan sesuatu yang baik dalam jangka masa panjang) dalam menutup aurat, kerana Allah gemar mereka yang walaupun beramal sedikit tetapi istiqomah.. InshaAllah.

Ramadhan Self Reminder

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 14.35

Baca Juga



Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah, sudah agak sekian lama saya sudah tidak update di blog ini atas sebab-sebab tertentu. Namun Allah s.w.t. telah mengurniakan saya masa yang bermanfaat ini untuk berkongsi kepada anda semua amalan yang baik untuk dilakukan di bulan mulia ini.

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak"
-Penulis

1. Menjaga Solat


Dengar sahaja mungkin ada yang sudah scroll ke bawah kerana di fikiran, "Semua orang tahu solat itu wajib". Maka saya di sini ingin menyampaikan kepada anda Keistimewaan Ibadah Solat.

Dalam banyak-banyak ibadat - puasa, zakat, dan sebagainya; ibadah solat adalah yang paling istimewa. Kerana ibadat lain diajarkan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s., akan tetapi ibadat solat ini disampaikan terus oleh Allah s.w.t. kepada baginda melalui Isra' dan Mi'raj.
-Petikan daripada Pencetus Ummah 
 

Jadi anda dapat ketahui keistimewaan ibadat solat. Memang fitrah manusia suka lakukan sesuatu dengan sebab yang indah.




2. Yang sunat tetap sunat, tetapi yang wajib tetap utama!


Berbeza dengan zaman dahulu, kita di zaman ini lebih teruja melakukan ibadat sunat kerana merasakan ia sesuatu yang 'luar biasa', kerana sering kita dengar bahawa pahalanya 'sangat tinggi'. Memang tidak dinafikan, tetapi anda perlu tahu, itu adalah sunat.

Sama seperti anda mengambil diet pemakanan. Anda makan nasi, dan anda ambil supplementary. Supplementary memang bagus, tapi kalau anda tidak makan nasi juga anda tidak dapat manfaat dari supplement.

Jika anda laksanakan yang wajib, maka anda akan lebih bersemangat melaksanakan yang sunat dan yakin 'amalan sunat anda lebih dilihat oleh-Nya'.





3. Elak Mengumpat


Perlu diketahui, mengumpat adalah "Pemadam Pahala". Seperti mana anda padam tulisan dengan mudah atau padam lukisan di photoshop dengannya, begitulah fungsinya kepada pahala anda.

Mengumpul duit sebanyaknya kemudian kehilangannya adalah lebih baik daripada mengumpul pahala sebanyaknya kemudian kehilangannya (dengan mengumpat).



Saya berharap anda dapat melakukan amal jariah pada bulan mulia ini, dan tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan ibadat

Postingan Lebih Baru
Postingan Lama
Langganan: Postingan (Atom)

Popular Posts

Blog Archive

  • Juli 2018 (1)
  • November 2017 (18)
  • Oktober 2017 (12)
  • September 2017 (4)
  • April 2015 (6)
  • Februari 2015 (1)
  • Januari 2015 (8)
  • November 2014 (1)
  • Juli 2014 (2)
  • September 2013 (1)
  • Agustus 2013 (1)
  • Juli 2013 (1)
  • Juni 2013 (3)
  • April 2013 (10)
  • Maret 2013 (1)
  • Februari 2013 (60)

Label

Al-Qur'an Al-Quran Android Aqeedah Bacaan Blog Blog Islamik Cerita Pengajaran Dakwah Do'a Game Hubungan Ibn Kathir Ilmu Imam Ghazali Indahnya Islam Islam Kahwin Muda Keluarga Kembara Hidup Kewarganegaraan Kisah islam Kisah Tauladan Masakan Masalah Rumah Tangga Nasihat Perkahwinan Pesanan Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Saran Shaum(Puasa) Solat Sunat Suami Istri Sunnah Rasulullah Taubat Sahabat Islam Kita Tazkirah Tips Dan Trick Umum Wanita Xiaomi

©2017 - Athafariz Blog | Designed by: Making Different | Provided by: MDC Site | Powered by: Blogger