Athafariz Blog

Athafariz Blog
  • Home
  • Themes
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » All Posts

Perginya Seorang Muslimah - Datuk Sharifah Aini

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 13.55

Baca Juga



Sedang kita bergembira di bulan Ramadhan, telah pergi seorang wanita solehah ke hadrat Ilahi.

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. 
Allahyarham(Allahyarhamah) yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. 
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
-Petikan Astro Awani(http://www.astroawani.com/) pada Sabtu, 5 Julai 2014


Alangkah bertuahnya beliau kerana Allah memilihnya pada bulan yang mulia ini. Semoga menjadi pengajaran dan kesedaran untuk kita sentiasa beramal ibadat di bulan yang mulia ini.

Berikut adalah tambahan petikan daripada Astro Awani.

Allahyarham(Allahyarhamah) meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham(Allahyarhamah) telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah.

GOLONGAN ORANG YANG SELALU DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

GOLONGAN ORANG YANG SELALU DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 09.39

Baca Juga

"GOLONGAN ORANG YANG SELALU DIDOAKAN OLEH MALAIKAT"

"Sebenarnya (Malaikat-Malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.
Allah mengetahui segala apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka. Dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerena takut kepada-Nya." (Q.S. Al-Anbiya' 26-28)

Lalu siapakah orang-orang yang selalu didoakan kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat oleh para Malaikat? Mereka adalah :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Dalam hal ini kita dianjurkan untuk berwudlu' menjelang istirahat.

2. Orang yang duduk menunggu waktu Shalat. Dalam hal ini seseorang mensegerakan diri untuk bersiap-siap menunggu waktu Shalat sebelum adzan berkumandang.

3. Orang yang ada pada Shaf terdepan ketika Shalat berjemaah.

4. Orang yang menyambung Shaf (tidak membiarkan kosong) ketika Shalat berjema'ah.

5. Orang yang masih berada di tempat Shalatnya setelah selesai melakukan Shalat. Artinya ia menyempatkan diri untuk berdzikir & berdoa setelah menunaikan Shalat.

6. Orang yang Shalat berjemaah pada waktu Shubuh dan 'Ashar.

7. Orang yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya.

8. Orang yang suka berinfak.

9. Orang yang sedang makan sahur pada bulan Ramadhan.

10. Orang yang suka menjenguk saudaranya yang sedang sakit.

11. Orang yang suka mengajarkan serta menasehatkan kebaikan kepada orang lain.

Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang demikian.


Silahkan klik bagikan / share dan Semoga ALLAH SWT akan membalas sekecil apapun amal baik kalian Semua...Amin!!!

Muslim Menyembah Ka'abah Sebagai Tuhan?

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 15.32

Baca Juga

Muslim Menyembah Ka’abah?


Soalan:
Bukankah Islam itu melarang menyembah patung tetapi kenapa Muslim menyembah dan tunduk kepada Ka’abah dalam solat?

Jawapan:
Ka’aba adalah Qiblat, iaitu arah di mana Muslim menghadap ketika mereka solat. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak pernah sesekali menyembah Ka’abah, melainkan mereka hanya menyembah Allah Maha Satu. Berikut adalah beberapa pencerahan dan penerangan.

(1) Islam Zaman Dahulu
Pada Zaman Islam yang dahulu, Bilal iaitu orang yang melaungkan azan akan berdiri di atas Ka’abahuntuk azan. Maka tidak logik bahawa seorang bilal yang dikatakan menyembah Ka’abah, berdiri dan memijak di atas Ka’abah iaitu Tuhannya? Jika Ka’abah itu Tuhan, kenapa memijak Tuhan?

(2) Jahitan Gambar Ka’abah Atas Sejadah
Jika anda lihat beberapa sejadah yang digunakan Muslim, terdapat gambar Ka’abah yang dijahit atasnya.
Jika Ka’abah itu Tuhan yang disembah, kenapa diletakkan di atas lantai dan dipijak-pijak oleh kaki?  Setaraf dengan kaki?Penganut agama mana yang akan memijak Tuhannya?

(3) Ka’abah Penyatu Masyarakat Muslim
Ka’abah adalah arah di mana seluruh Muslim di dunia menghala ketika mereka solat. Jika tiada Ka’abah, ibadat mereka bersepah dan tidak teratur.
Ka’abah adalah suatu tanda/arah untuk menyatukan umat Muslim agar mereka bersepadu dan berkumpul menghala ke arah yang sama.

(4) Ka’abah Adalah Titik Tengah Peta Dunia.
Muslim adalah golongan pertama yang melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian Selatan menghala atas dan bahagian Utara menghala bawah. Ka’abah adalah titik  tengahnya.
Tetapi kemudian kartografer barat (pelukis peta)melukis peta, cuma diterbalikkan sahaja di mana Utara di atas dan Selatan di bawah. Dan Alhamdulillah, Ka’abah tetap di tengah-tengah.

(5) Ka’abah Kawasan Neutral
Sains membuktikan bahawa Ka’abah adalah titik neutral dunia, di mana kompas bahkan tidak bergerak, kerana mereka berada di kawasan sifar. Anda boleh merujuk saintis jika tidak percaya kata saya. Sains telah buktikan.
Bahkan, burung-burung tidak akan lalu di atas Ka’abah tetapi mereka akan mengelilingi keliling Ka’abah semata-mata untuk melintas.
Sains juga telah buktikan, bahawa terdapat satu gelombang infiniti di Ka’abah yang menghala kea rah langit, dan gelombang ini tidak ada di tempat lain melainkan hanya di Ka’abah.

Konklusi:
Sekarang anda sudah tahu bahawa Muslim tidak menyembah Ka’abah, tetapi Ka’abah hanyalah arah mereka untuk beribadat. Hujah di atas mampu mematahkan pendapat bahawa Muslim itu menyembah Ka’abah. Tidak logik sekali hujah mereka.


Wallahu alam, Allah Lebih Mengetahui. 

"BERKAT SHALAWAT WAJAH HITAM MENJADI PUTIH BERCAHAYA"

"BERKAT SHALAWAT WAJAH HITAM MENJADI PUTIH BERCAHAYA"

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 14.41

Baca Juga

"BERKAT SHALAWAT WAJAH HITAM MENJADI PUTIH BERCAHAYA"

Diceritakan bahwasanya Ulama besar Sufyan Ats-Tsauri sedang mengerjakan Thawaf mengelilingi Ka'bah dan melihat seseorang yang setiap kali mengangkat kaki dan
menurunkannya senantiasa membaca shalawat atas nabi.

Sufyan Ats-Tsauri bertanya : "Sesungguhnya engkau telah minggalkan bacaan Tasbih (subhanallah) dan Tahlil (la ilaha illallah), sedang engkau hanya melakukan Shalawat atas Nabi. Apakah ada alasan yang khusus bagimu untuk mengamalkannya?"

Lalu orang itu menjawab : "Siapakah engkau? Semoga Allah SWT mengampunimu."
Sufyan Ats-Tsauri menjawab : "Saya adalah Sufyan Ats-Tsauri."
Orang itu berkata : "Seandainya kamu bukanlah orang yang istimewa di zamanmu ini niscaya saya tidak akan memberitahukan masalah ini dan menunjukkan rahasiaku ini."

Kemudian orang itu berkata kepada Sufyan Ats-Tsauri :

"sewaktu saya mengerjakan Haji bersama ayahku. Dan ketika berada di dekat kepalanya ayahku meninggal dan wajahnya tampak hitam kelam. Lalu saya mengucapkan "Innalillah wainna ilaihi raji'un" dan saya menutup wajah ayahku dengan kain. Kemudian saya tertidur dan bermimpi dimana saya melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih dan mengusap wajah ayahku, lalu wajah ayahku itu langsung berubah menjadi putih. Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas saya pegang pakaiannya sambil bertanya :

"Wahai hamba Allah siapakah engkau? Bagaimana bisa karena Anda, Allah menjadikan wajah ayahku itu langsung berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?"

Orang itu menjawab : "Apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah yang membawa Al-Qur'an. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang
melampaui batas (banyak berbuat dosa). Akan tetapi ia banyak membaca shalawat atasku. Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku maka akupun memberi pertolongan kepadanya. Karena aku suka memberi pertolongan kepada orang yang banyak memperbanyak shalawat atasku."

Setelah itu saya terbangun dari tidur dan saya lihat wajah ayahku berubah menjadi putih." (Lihat Kitab : Tanbihun Ghofilin, As-Samarqhondi,Hal. 261)

SubhanAllah.
Allahumma shalli wasallim 'ala sayyidina Muhammad. Wa'ala alihi washahbihi ajma'in.

Semoga kita termasuk orang-orang yang senantiasa bershalawat atas Nabi kita Muhammad SAW sehingga kelak akan mendapat syafaat dari Nabi. Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Silahkan klik bagikan / share dan Semoga ALLAH SWT akan membalas sekecil apapun amal baik kalian Semua...Amin!!!

Top Question : Adakah Muslim Itu Terrorist?

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 21.42

Baca Juga




Soalan:

Adakah Islam itu layak digelar sebagai ‘agama yang aman’ sedangkan Islam ini disebarkan dengan pedang(peperangan)?

Jawapan:

Menjadi suatu kebiasaan untuk orang non-Muslim melemparkan pendapat bahawa Islam itu mustahil mendapat jutaan pengikut melainkan ianya disebarkan dengan cara peperangan. Berikut adalah jawapan yang mampu membantah pendapat tersebut.


(1) Islam bermaksud ‘aman’.
Islam itu berasal daripada perkataan ‘Salam’ yang bermaksud aman. Islam juga bermaksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Maka, Islam itu adalah agama yang aman, dengan menyembahkan diri kepada Allah s.w.t.


(2) Indonesia Dan Malaysia
Indonesia amat diketahui kerana bilangan Muslim yang paling ramai dalam Dunia. Kebanyakan masyarakat di Malaysia pula adalah Muslim. Cuba anda nyatakan kepada saya, tentera Muslim mana yang datang ke Malaysia dan Indonesia membawa pedang untuk memaksa masyarakat memeluk Islam?

Tidak ada, kerana saya adalah penduduk Malaysia juga dan sejarah telah membuktikan, Islam datang ke Negara saya (Malaysia) bukan dengan kekerasan, tetapi kehendak rakyat untuk memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak pedagang asing yang Muslim. Pendapat bahawa Muslim datang dengan peperangan adalah mereka yang tidak belajar sejarah.


(3) Kekerasan Perlu Untuk Keamanan.
Apabila saya sebutkan ini, ramai yang salah anggap. Tidak semua manusia di muka bumi ini akan bersikap baik, ada sahaja yang membuat keganasan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Sebagai contoh, polis menggunakan kekerasan untuk mempertahankan keamanan Negara. Jika masyarakat tidak berbuat salah, maka polis tidak akan mengganggu anda. Bahkan, terdapat masyarakat yang mengkutuk agama Islam. Maka Islam perlu membantah hujah mereka, jika mereka mengganas terhadap Muslim, tidak mungkin kami akan berdiam diri dan rela dipukul. Seperti anda, tiba-tiba sahaja ditumbuk dan ditendang, apa anda ingin berdiam diri dan membiarkan maruah anda jatuh?


(4) Pendapat Sejarawan De Lacy O’Leary.
Jawapan yang terbaik adalah daripada pendapat sejarawan De Lacy O’Leary dalam bukunya “Islam at the cross road(muka surat 8)”:

“Sejarah adalah telah nyata, bahawa sejarah tersebarnya Muslim di dunia dan memaksa Islam dengan cara pedang(keganasan) dalam menawan kaum-kaum adalah satu pendapat yang teramat hebat pelik mitosnya yang sejarawan lain turut telah mengulangi(pendapat ini).”
[Islam at The Cross Road]



(5) Muslim memerintah Sepanyol(Spain) Selama 800 Tahun.
Muslim telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dan Muslim di Sepanyol  tidak pernah menggunakan peperangan untuk memaksa manusia memeluk Islam.

Tetapi kemudian Kristian Krusader datang ke Sepanyol dan menghapuskan golongan Muslim. Tidak ada seorang pun Muslim di Sepanyol yang boleh berikan azan secara terangan. Azan adalah laungan panggilan supaya Muslim menunaikan solatnya.


(6) 14 milion Orang Arab Adalah Kristian Koptik.
Agama Islam adalah agama rasmi bagi Negara Arab selama 1400 tahun. Selama beberapa tahun sahaja British memerintah, kemudian Perancis. Secara keseluruhan, Muslim memerintah Arab selama 1400 tahun.

Tetapi lihatlah, di sana terdapat 14 milion Kristian Koptik (Kristian). Jika Muslim itu menggunakan kekerasan, sudah tentu tiada lansung Masyarakat Kristian Koptik di sana.


(7) Pantai Barat Afrika
Sekali lagi, Islam bersebar pantas di Pantai Barat Afrika. Saya mahu tanya anda semula, tentera Islam yang mana yang datang ke sana untuk memaksa dengan peperangan?


(8) Lebih 80% Masyarakat Di India Adalah Non-Muslim
Muslim telah memerintah India selama lebih seribu tahun. Jika mereka (Muslim di India) mahu, mereka mempunyai kuasa untuk memaksa masyarakat India untuk memeluk Islam dengan pedang.

Hari ini, lebih 80% masyarakat di India adalah non-Muslim. Kesemua masyarakat non-Muslim ini mengangkat saksi bahawa Islam tidak datang ke Negara mereka dengan kekerasan.



Konklusi:
Sekarang mata anda telah terbuka luas bahawa Islam itu tidak disebarkan dengan cara peperangan mahupun paksaan. Jika ada, bukti di atas bakal mematahkan hujah mereka dan membuat mereka berfikir.


Wallahu alam. Allah lebih mengetahui.

7 Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 01.09

Baca Juga




7 Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan


Assalamualaikum warohmatullah kepada semua membaca. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi baca blog kecil saya ini.

Baiklah, pada artikel ini saya ingin memberi serba sedikit tips untuk amalan di bulan Ramadhan ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan kebaikan kita. Berbanding bulan biasa, masa kita lebih banyak terluang di bulan Ramadhan. Jadi, apa yang boleh kita lakukan dengan waktu terluang ini?

1. Membaca 1 juzuk al-Quran(minima) Sehari

Untuk menghabis 1 juzuk al-Quran sebanyak 20 muka surat, memerlukan maksimum 1 jam luangan masa, bergantung kepada kefasihan anda membaca al-Quran.

Kita solat fardhu sebanyak 5 kali sehari. Maka, setiap kali lepas solat saya sarankan anda membaca 4 muka surat al-Quran.

Pada hari pertama puasa setelah subuh, mulakan baca 4 muka surat. Begitu juga seterusnya pada solat yang berikutnya. Maka menghasilkan sebanyak 20 muka surat setelah Isyak.

Pada hari pertama anda telah menghabiskan 1 juzuk.

Info : 1 hari 1 juzuk, 30 hari 30 juzuk. Khatam!

Frequently Asked Question(FAQ):

Q : Saya lepas solat, selalunya ada kerja. Bagaimana ya untuk meluangkan masa?
A : Kita biasa bekerja pada siang hari. Maka saya sarankan setelah subuh, baca 4 muka surat. Selepas zuhur, baca 2 sahaja, begitu juga setelah asar. Sekarang tinggal 12 muka surat. Anda boleh membahagikan 6 setelah Maghrib dan baki 6  setelah Isyak. Jika terlampau sibuk sekalipun, cuba ‘Qadha’ kan bacaan al-Quran. Bermaksud, anda luangkan masa Isyak anda membaca selebihnya muka surat al-Quran.

Pada hari pertama, memang kita akan rasa tidak bersemangat. Setelah tamat baca, tandakan dengan tali yang biasa keluar daripada al-Quran itu(Tali penanda). Kemudian, anda lihat al-Quran anda daripada bawahnya(di mana tali penanda itu terkeluar). Anda pasti kagum, hari pertama anda sudah baca 20 muka surat!

“Wah, alhamdulillah! Hari ini sudah sebanyak ini aku baca!”

Maka lafazlah syukur kepada Allah s.w.t.


2. Memperbanyakkan Sedekah

Pada bulan Ramadhan, saya menggalakkan anda bersedekah. Tujuan kita berpuasa  adalah untuk sama-sama merasa kesusahan orang miskin yang tidak makan sepanjang hari.

Maka berilah sedekah kepada orang miskin. Seperti mana anda tidak sabar untuk berbuka puasa, begitu jugalah sahabat-sahabat kita yang tidak bernasib baik. Berilah mereka kegembiraan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berkata Ulama’:
Sedekah itu tidak memiskinkan kamu, tetapi membuka pintu rezeki kamu lebih luas. Maka bersedekahlah.


3. Menuntut Ilmu

Kepada sahabat-sahabat yang terluang masa, saya sarankan anda turun menuntut ilmu. Pergilah berjumpa guru-guru yang bertauliah, belajarlah al-Quran dan sebagainya. Jika terdapat majlis ilmu, maka sertailah.

Sesiapa yang memberi alasan tidak dapat menuntut ilmu, itu  bukan bermakna anda terhalang oleh urusan anda, tetapi Allah s.w.t TIDAK MAHU anda dalam majlis ilmu, naudzubillah!

Di dalam bulan Ramadhan, pasti ada banyak majlis ilmu. Menonton televisyen berunsurkan ilmu juga bermanfaat.


Berpesan Imam Syafie:
Jika kamu tidak merasa keperitan menuntut ilmu, maka rasalah keperitan dalam kebodohan.



4. Berdzikir

Sementara banyak masa yang terluang, maka gunakanlah sebaiknya untuk berdzikir. Dzikir tidak semestinya melafazkan kalimah-kalimah dzikir. Maksud dzikir adalah mengingati Allah s.w.t., maka jika menuntut ilmu mengingatkan anda kepada Allah, tuntutlah ilmu. Jika solat mengingatkan anda kepada Allah, solatlah. Jika melafazkan tasbih dan tahmid mengingatkan anda kepada Allah, lakukanlah.



5. Solat Tarawih

Solat sunat tarawih adalah Sunat Muakkad yang bermaksud amalan yang dituntut  untuk dilaksanakan dan besar pahalanya, di bawah taraf wajib.
Maka kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin, kita tidak pasti Ramadhan hadapan kita dapat sambut ataupun tidak.


6. Qiyammullail

Qiyamullail turut digalakkan. Qiyamullail bermaksud bangun di malam hari untuk melaksanakan solat sunat tahajjud dan ibadat-ibadat sunat. Ini termasuk sunnah baginda Muhammad s.a.w.

Antara amalan pada Qiyamullail adalah solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, menghafal al-Quran dan berdzikir serta refleksi diri.


7. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada zaman ini tidak semestinya perlu keluar berdakwah. Kita sudah mempunyai laman facebook dan twitter. Gunakan sebaiknya.

Anda boleh sahaja memberikan nasihat dan perkongsian ilmu yang sahih. Elakkan mengeluarkan ilmu ciptaan atau ilmu yang tidak ada asal usul.

Perkongsian al-Quran dan hadis adalah amat ketat syaratnya. Anda perlu tahu sanadnya, dan juga perlu tahu perawinya. Paling baik adalah anda mempunyai kitab al-Quran dan hadis yang benar. Ataupun anda bertanyalah kepada ulama’ ilmu yang ilmunya diakui oleh ulama’-ulama’ lain. Mintalah nasihat daripada ulama’, pasti mereka akan memberikan nasihat yang bermanfaat.

Kisah Nabi Musa Alaihissalam Bersama Ibunya

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 08.10

Baca Juga

Sungai Nil



{Kisah Nabi Musa a.s. Dan Ibunya}




Kronologi

(1) Berpisah dengan ibu dan sampai ke rumah Asiyah dan Fir'aun.

(2) Bertemu semula dengan ibunya.




***********




Nabi Musa berasal daripada keturunan Bani Israel dan lahir di negara yang diperintah oleh Fir'aun.




Raja Fir'aun amat takut dengan Bani Israel, kerana dia tahu, bani tersebut suatu hari akan memusnahkan pangkat dan segala-galanya miliknya. Maka dia ingin membunuh semua keturunan bani Israel dari keturunan lelaki.

Maka berkata seorang pembesar:

"Wahai tuanku, jika semua lelaki bani Israel dibunuh, maka para perempuan mereka akan membuat kerja-kerja lelaki sedangkan kita tahu mereka tidak kuat. Akhirnya, segala tugas tersebut, kita pula yang kena laksanakan."

Maka Fir'aun berfikir, dan menitahkan agar setiap selang setahun, bani Israel dari kaum lelaki akan dibunuh. Bermakna, tahun ini bayi Bani Israel akan dibiarkan hidup untuk buat kerja berat, dan tahun hadapan, bayi-bayi yang lahir pada tahun hadapan akan dibunuh.

Dan lahirlah Musa pada tahun dimana semua bayi lelaki bani Israel yang lahir tahun itu akan dibunuh. Betapa ketakutan ibunya.

Maka Allah wahyukan agar ibunya meletakkan anaknya dalam kotak yang terapung di tepi sungai Nil (kerana rumah ibu baginda di tepi sungai). Setiap kali ada pemeriksaan bayi (oleh bidan wanita), maka ibunya akan sorokkan nabi Musa ke dalam kotak itu dan ikatkan pada tebing.

Ditakdirkan, suatu hari datang seorang bidan wanita untuk memeriksa bayi untuk diserahkan pada Fir'aun dan dibunuh. Maka ibunya tergesa-gesa letakkan Nabi Musa ke dalam kotak, dan...terlupa mengikatnya. Dengan Kuasa Allah, kotak itu bergerak mengikut arus.

Alangkah sedihnya ibu Musa a.s., disebabkan kesedihannya, dia HAMPIR sahaja meminta bantuan orang ramai yang akan menyebabkan rahsianya terbongkar. Namun oleh kerana kekuatan yang diberikan oleh-Nya, maka dia tabah dan mengadu pada kakaknya Nabi Musa a.s., dan dia (kakak Nabi Musa) menyarankan agar ibunya pergi melihat sekeliling.

Sementara itu, Nabi Musa a.s. hanyut ke rumah Fir'aun, dan dikutip oleh dayang Asiyah Binti Muzahim, isterinya Fir'aun. Mereka tidak berani buka kotak itu takut dimarahi. Maka diserahkan pada Asiyah.

Setelah dibuka, didapati di dalamnya seorang bayi yang tampan dan indah rupanya, menawan hati Asiyah yang sewaktu itu tidak punya bayi. Dipujuknya agar Fir'aun terima sudi benarkan Asiyah bela bayi itu. Sedangkan, bayi itulah yang akan membimbing Asiyah dan menghancurkan Fir'aun.

{Bagaimana Dipertemukan Dengan Ibu Tercinta}

Diserahkan pada bidan agar menyusukan Nabi Musa a.s., namun Nabi Musa tidak menerima puting mereka. Kerana Allah tetapkan bahawa baginda akan bertemu dengan ibunya.

Maka dayang-dayang membawa Nabi Musa a.s. sekeliling untuk mencari ibu susuan. Kakak Nabi Musa a.s. yang ketika itu berada di pasar, terlihat akan bayi itu. Oleh nalurinya, dia tahu bahawa itu adalah adiknya. Maka dipanggil dayang itu membawa bayi itu kepada ibunya(yang waktu itu, mereka tidak tahu, bahwa itu adalah ibunya yang sebenar).

Berkata mereka : Bagaimana kami ingin tahu kamu tidak berbohong?

Jawab kakaknya : Sesungguhnya wanita ini ikhlas dan mengharapkan imbalan.

Mereka setuju, dan Nabi Musa minum susu dari ibunya sendiri. Apabila disampaikan brita gembira itu pada Asiyah, dia gembira dan menghadiahkan wanita itu (ibu Nabi Musa) ganjaran. Allah memperkenan doa Ibu Musa untuk dipertemukan semula dengan anak kesayangannya.

Postingan Lebih Baru
Postingan Lama
Langganan: Postingan (Atom)

Popular Posts

Blog Archive

  • Juli 2018 (1)
  • November 2017 (18)
  • Oktober 2017 (12)
  • September 2017 (4)
  • April 2015 (6)
  • Februari 2015 (1)
  • Januari 2015 (8)
  • November 2014 (1)
  • Juli 2014 (2)
  • September 2013 (1)
  • Agustus 2013 (1)
  • Juli 2013 (1)
  • Juni 2013 (3)
  • April 2013 (10)
  • Maret 2013 (1)
  • Februari 2013 (60)

Label

Al-Qur'an Al-Quran Android Aqeedah Bacaan Blog Blog Islamik Cerita Pengajaran Dakwah Do'a Game Hubungan Ibn Kathir Ilmu Imam Ghazali Indahnya Islam Islam Kahwin Muda Keluarga Kembara Hidup Kewarganegaraan Kisah islam Kisah Tauladan Masakan Masalah Rumah Tangga Nasihat Perkahwinan Pesanan Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Saran Shaum(Puasa) Solat Sunat Suami Istri Sunnah Rasulullah Taubat Sahabat Islam Kita Tazkirah Tips Dan Trick Umum Wanita Xiaomi

©2017 - Athafariz Blog | Designed by: Making Different | Provided by: MDC Site | Powered by: Blogger