Athafariz Blog

Athafariz Blog
  • Home
  • Themes
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Contact
  • Dropdown Menu ▼
    • Submenu 1
    • Submenu 2
    • Submenu 3
  • Advertise
Home » Semua Post Kategori Al-Quran
Tampilkan postingan dengan label Al-Quran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Al-Quran. Tampilkan semua postingan

Kisah Nabi Musa Alaihissalam Bersama Ibunya

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 08.10

Baca Juga

Sungai Nil



{Kisah Nabi Musa a.s. Dan Ibunya}




Kronologi

(1) Berpisah dengan ibu dan sampai ke rumah Asiyah dan Fir'aun.

(2) Bertemu semula dengan ibunya.




***********




Nabi Musa berasal daripada keturunan Bani Israel dan lahir di negara yang diperintah oleh Fir'aun.




Raja Fir'aun amat takut dengan Bani Israel, kerana dia tahu, bani tersebut suatu hari akan memusnahkan pangkat dan segala-galanya miliknya. Maka dia ingin membunuh semua keturunan bani Israel dari keturunan lelaki.

Maka berkata seorang pembesar:

"Wahai tuanku, jika semua lelaki bani Israel dibunuh, maka para perempuan mereka akan membuat kerja-kerja lelaki sedangkan kita tahu mereka tidak kuat. Akhirnya, segala tugas tersebut, kita pula yang kena laksanakan."

Maka Fir'aun berfikir, dan menitahkan agar setiap selang setahun, bani Israel dari kaum lelaki akan dibunuh. Bermakna, tahun ini bayi Bani Israel akan dibiarkan hidup untuk buat kerja berat, dan tahun hadapan, bayi-bayi yang lahir pada tahun hadapan akan dibunuh.

Dan lahirlah Musa pada tahun dimana semua bayi lelaki bani Israel yang lahir tahun itu akan dibunuh. Betapa ketakutan ibunya.

Maka Allah wahyukan agar ibunya meletakkan anaknya dalam kotak yang terapung di tepi sungai Nil (kerana rumah ibu baginda di tepi sungai). Setiap kali ada pemeriksaan bayi (oleh bidan wanita), maka ibunya akan sorokkan nabi Musa ke dalam kotak itu dan ikatkan pada tebing.

Ditakdirkan, suatu hari datang seorang bidan wanita untuk memeriksa bayi untuk diserahkan pada Fir'aun dan dibunuh. Maka ibunya tergesa-gesa letakkan Nabi Musa ke dalam kotak, dan...terlupa mengikatnya. Dengan Kuasa Allah, kotak itu bergerak mengikut arus.

Alangkah sedihnya ibu Musa a.s., disebabkan kesedihannya, dia HAMPIR sahaja meminta bantuan orang ramai yang akan menyebabkan rahsianya terbongkar. Namun oleh kerana kekuatan yang diberikan oleh-Nya, maka dia tabah dan mengadu pada kakaknya Nabi Musa a.s., dan dia (kakak Nabi Musa) menyarankan agar ibunya pergi melihat sekeliling.

Sementara itu, Nabi Musa a.s. hanyut ke rumah Fir'aun, dan dikutip oleh dayang Asiyah Binti Muzahim, isterinya Fir'aun. Mereka tidak berani buka kotak itu takut dimarahi. Maka diserahkan pada Asiyah.

Setelah dibuka, didapati di dalamnya seorang bayi yang tampan dan indah rupanya, menawan hati Asiyah yang sewaktu itu tidak punya bayi. Dipujuknya agar Fir'aun terima sudi benarkan Asiyah bela bayi itu. Sedangkan, bayi itulah yang akan membimbing Asiyah dan menghancurkan Fir'aun.

{Bagaimana Dipertemukan Dengan Ibu Tercinta}

Diserahkan pada bidan agar menyusukan Nabi Musa a.s., namun Nabi Musa tidak menerima puting mereka. Kerana Allah tetapkan bahawa baginda akan bertemu dengan ibunya.

Maka dayang-dayang membawa Nabi Musa a.s. sekeliling untuk mencari ibu susuan. Kakak Nabi Musa a.s. yang ketika itu berada di pasar, terlihat akan bayi itu. Oleh nalurinya, dia tahu bahawa itu adalah adiknya. Maka dipanggil dayang itu membawa bayi itu kepada ibunya(yang waktu itu, mereka tidak tahu, bahwa itu adalah ibunya yang sebenar).

Berkata mereka : Bagaimana kami ingin tahu kamu tidak berbohong?

Jawab kakaknya : Sesungguhnya wanita ini ikhlas dan mengharapkan imbalan.

Mereka setuju, dan Nabi Musa minum susu dari ibunya sendiri. Apabila disampaikan brita gembira itu pada Asiyah, dia gembira dan menghadiahkan wanita itu (ibu Nabi Musa) ganjaran. Allah memperkenan doa Ibu Musa untuk dipertemukan semula dengan anak kesayangannya.

Kepentingan Bahasa Arab

Kepentingan Bahasa Arab

MDC Blogger
Athafariz Blog Updated at: 01.01

Baca Juga



Merupakan suatu keperluan agar seseorang yang bergelar Muslim itu membiasakan diri mereka dengan Bahasa Arab sehingga suatu tahap mereka boleh memahami Al-Quran. Bahasa Arab adalah bahasa bagi Agama Islam -- sentiasa dan akan sentiasa menjadi bahasa Agama Islam.

Muslim yang tidak mengetahui mengenai Bahasa Arab perlu sedar akan kerugian yang mereka sedang hadapi bahawa mereka tidak mampu untuk memahami dan membaca Ayat-Ayat Suci dari Sang Pencipta! Apabila mereka hanya membaca terjemahan al-Quran, mereka perlu ketahui bahawa itu hanyalah ayat-ayat dari penterjemah -- bukan ayat daripada Allah Maha Kuasa.

Keindahan, kepetahan, rentak, i'jaaz -- kesemua ini hilang dalam terjemahan. Di samping tidak mampu membaca ayat suci Al-Quran daripada Allah Maha Kuasa itu Sendiri yang disampaikan kepada Baginda Muhammad (s.a.w.), seseorang itu bergantung hanya kepada ayat terjemahan yang ditulis oleh sesuatu yang 'tidak kekal(penulis terjemah tersebut)', bukankah ini suatu kerugian?

Para Ulama', daripada Zaman Para Sahabat sehinggalah abad sekarang ini, semuanya mengakui kepentingan Bahasa Arab.

Ubay Ibn Ka'ab radhiyallahu anhu berkata : 
"Ajarlah Bahasa Arab (yakni - Nahu/Tatabahasa) seperti kamu mengajar menghafal al-Quran!"

Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu anhu berkata :
"Bahawa aku membaca dan terlupa (sebahagian ayat - yakni bahasa Arab) itu lebih baik daripada aku melakukan kesalahan nahu!" 

Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu pada zaman dahulu pernah melalui segolongan pemanah yang tersasar panahan mereka. Beliau menegur mereka, dan mereka menyatakan bahawa mereka hanya seorang yang baru belajar memanah, tetapi mereka membuat kesalahan tatabahasa dalam jawapan mereka itu. Lalu Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu berkata kepada mereka :
"Sesungguhnya kesalahan kamu dalam Nahu(tatabahasa) Bahasa Arab adalah sesuatu yang aku tidak boleh terima berbanding kesalahan kamu dalam memanah."

Imam Syafie rahimahullah berkata :

Maka, menjadi suatu kewajipan untuk seseorang Muslim berusaha mempelajari Bahasa Arab seboleh mungkin, supaya mereka boleh membuktikan 'Syahadah', dan membaca Kitab Allah (yakni al-Quran),  serta melafazkan zikir yang wajib ke atas mereka; seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain zikir.

Dan lebih banyak mereka mempelajari bahasa yang Allah Maha Kuasa Sendiri yang menjadikan bahasa utama penghulu segala Nabi (Nabi Muhammad s.a.w.) serta menjadi bahasa wahyu terakhir-NYA, maka lebih baik untuk orang tersebut! 

Untuk sebab ini, dapat dilihat masyarakat yang mereka amat lemah serta tidak endah dengan bahasa Arab ini, mereka lebih terjerumus untuk sesat berbanding mereka yang kukuh pada Bahasa Syurga ini.

Maka tidak hairanlah jika dinyatakan bahawa musuh Islam itu ingin memusnahkan Bahasa Arab, kerana mereka tahu kepentingan Bahasa Arab kepada umat Islam.

Sir Gladstone, salah seorang pemimpin Eropah berkata :
"Selagi mana seorang Muslim itu mempunyai al-Quran di tangan mereka, maka Eropah tidak punya harapan untuk menawan Timur."

Oleh itu, bersama-samalah kita mengukuhkan Bahasa Arab serta melazimkan diri untuk berbahasa dengan Bahasa Syurga ini.

Tidak hairanlah mengapa Kamal Ataa Turk, pemimpin Turki itu menggubal agar al-Quran dibaca dalam Bahasa Turki, walaupun ketika solat, serta mengubah tulisan Bahasa Arab dengan tulisan Eropah.

Wallahu alam

Dipetik sebahagian daripada kitab Science of Quran, oleh Yasir Qadhi

Postingan Lama
Langganan: Postingan (Atom)

Popular Posts

Blog Archive

  • Juli 2018 (1)
  • November 2017 (18)
  • Oktober 2017 (12)
  • September 2017 (4)
  • April 2015 (6)
  • Februari 2015 (1)
  • Januari 2015 (8)
  • November 2014 (1)
  • Juli 2014 (2)
  • September 2013 (1)
  • Agustus 2013 (1)
  • Juli 2013 (1)
  • Juni 2013 (3)
  • April 2013 (10)
  • Maret 2013 (1)
  • Februari 2013 (60)

Label

Al-Qur'an Al-Quran Android Aqeedah Bacaan Blog Blog Islamik Cerita Pengajaran Dakwah Do'a Game Hubungan Ibn Kathir Ilmu Imam Ghazali Indahnya Islam Islam Kahwin Muda Keluarga Kembara Hidup Kewarganegaraan Kisah islam Kisah Tauladan Masakan Masalah Rumah Tangga Nasihat Perkahwinan Pesanan Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Saran Shaum(Puasa) Solat Sunat Suami Istri Sunnah Rasulullah Taubat Sahabat Islam Kita Tazkirah Tips Dan Trick Umum Wanita Xiaomi

©2017 - Athafariz Blog | Designed by: Making Different | Provided by: MDC Site | Powered by: Blogger